aRtS oF cRitiSm....

Demokrasi, PRK 2008 , Kronisasi dan Universiti....


First and foremost...ini adalah lontaran pendapat aku..and i might be pessimist and provocative..but still it is my thought and who are not  really agree with it is advised for not reading this and further attacking me by any means whether reporting me to any "body" or organization that can lead me to any problems or being bar from exam and excetra excetra....so ill start now =)


apekah itu demokrasi?bagi aku demokrasi adalah kebebasan untuk memilih dalam semua hal...
bukan sahaja dari segi politik tetapi juga dalam pelbagai bidang lagi.Demokrasi telah diamalkan sejak lama lagi dan telah menjadi agenda besar Amerika untuk menegakkan demokrasi sebagai topeng untuk mereka mencampuri urusan negara lain dan mengembangkan lagi pengaruh mereka selain mendominasi hasil mentah sesebuah negara...umpamanya Iraq yang telah dicabul mereka...minyak mentah yang menjadi sumber kekayaan Iraq telah menjadikan Amerika tertarik dengan Iraq...dengan kepimpinan monarki Saddam Hussien pada masa tersebut yang menekan rakyat.... Amerika telah mula campur tangan dan akhirnya... Iraq telah berada di bawah kekuasaan mereka...point aku kat sini sebenarnya bukanlah untuk kita menggunakan demokrasi sebagai alat untuk kita menekan dan menganiaya pihak lain...tetapi demokrasi harusnya digunakan untuk membina kesejahteraan dan membasmi ketakutan daripada kuasa monarki ala ala diktator yang sememangnya mengamalkan pemerintahan kuku besi...sebagai contoh yang amat dikenali..baca sahaja tentang Pol Pot dan juga Hitler...

statement2 di atas hanyalah briefing untuk kita memahami apa itu demokrasi...tapi dalam konteks kita sebagai mahasiswa..aku lebih tertarik kepada skop yang lebih kecil...iaitu PRK atau pun nama panjangnya Pilihanraya Kampus yang semakin menjelang di dalam kampus kita...ataupun lebih senang nak cakap...pemilihan MPP untuk kampus kita...pilihanraya kampus ini menunjukkan bahawa kita walaupun masih berada di peringkat yang rendah tetapi telah diterapkan unsur2 demokrasi yang amat penting untuk membina kestabilan organisasi yang akan dibentuk dan untuk mengelakkan berlakunya bantahan daripada pihak2 lain yang menentang pemilihan secara pilih bulu...tapi aku terpikir juga kenapa mahasiswa2 dilarang untuk bercakap mengenai politik..sedangkan PRK juga sebenarnya satu bentuk politik yang nyata.....tetapi sejauh manakah demokrasi ditegakkan di dalam kampus kita??pelbagai contoh boleh dirujuk untuk kita mengetahui tahap ke"suci"an demokrasi di dalam kampus kita.....Ambil saja mana2 pertubuhan atau projek san kaji....tetapi aku tak mahu komen sangat tentang perkara ini kerana ada saja ada pihak yang akan  terasa dan sensitif dengan kenyataan aku...jadi aku akan fokus tentang perkara yang akan datang particularly PRK 2008.PRK 2008 akan menyaksikan pelbagai calon daripada pelbagai pihak bertanding untuk merebut jawatan bagi mencorakkan perjalanan politik dan juga non-politik kampus.

Sebagaimana yang kita sedia maklum...pihak universiti di bawah sebuah jabatannya juga akan meletakkan calon untuk bertanding..dan apabila menang mereka akan menjadi proksi bagi jabatan ini untuk merancang serta merangka program2 di dalam universiti...tetapi hal ini kalau dipikirkan amatlah merunsingkan otak...sebagai benih pemikiran aku nak  tanya korang...macam manakah cara orang2 dibawah jabatan ini dipilih sebagai calon? adakah dengan mewujudkan interview?adakah dengan menilai bakat kepimpinan calon2 tersebut,memilih mereka yang rapat dengan mereka,memilih daripada golongan2 jpp semasa di matrikulasi dahulu ataupun memilih mereka2 yang sebulu dengan staff jabatan tersebut ataupun memilih berdasarkan pemahaman politik yang sama? Jika cara yang terakhirlah yang diguna pakai orang jabatan ini..maka aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan demokrasi yang aku war2kan ini...bukanlah aku mengatakan bahawa aku lebih bagus daripada mereka...malah aku sendiri tidak mahu menjadi MPP...amat besar tanggungjawabnya..lagipun projek kecil2lan pun aku dah pening nak memikirkannya..inikan pula semua masalah semua pelajar hendak dihempuk diatas kepala...mahu x study aku dibuatnya.....jadi..apa yang aku cuba timbulkan disini...wajarkah kita memilih mereka ini untuk mewakili dan seterusnya menyuarakan suara kita?dan kenapa pula ada calon yang bukan daripada jabatan ini?adakah mereka rebel dan mempunyai ketidakpuashatian dengan jabatan ini?jika ya mengapa??daripada PRK yang lepas aku yang pada masa tersebut masih di tahun pertama pengajian masih mentah dan x tahu apa2 ...jadi siapa yang orang cakap bagus..orang itulah yang aku pangkah...

Dan memang banyaklah sms2 yang menyarankan untuk menyokong calon2 tertentu...yang pastinya aku tidak tahu samada cara tersebut legal atupun tidak...namun pada waktu itu aku x ambil kisah pun iyalahkan baru setahun jagung....bak kata TNC pada ucapan sulungnya kepada kami...datang untuk belajar...jangan hampakan harapan ayah ibu...itu aku amat mengerti dan sematkan di hati sampai bila2...tetapi bagi aku penglibatan dan pengetahuan tentang masalah keliling perlulah kita ambil peduli...jika dipikirkan ada juga relevan apa yang aku katakan...jika keadaan universiti dah bergolak..mana mungkin pelajar2nya dapat study dengan tenang...kalau suara pelajar2 yang mendakwa diperlakukan dengan tidak adil tidak diambil kira mana mugkin mereka dapat belajar dgn baik?

Bagi aku sesiapa sahaja yang mewakili kita samada daripada jabatan tertentu mahupun calon persendirian, dia haruslah dapat membela nasib mahasiswa2 yang menyokong mereka...tidak hanya menjadi pemimpin yang bangga dengan jawatan yang dipegang  tetapi hanya menjadi boneka pihak2 tertentu tanpa mempedulikan nasib mahasiswa2 yang lain....

Sekitar PRK yang lepas..aku ada terdengar tentang calon2 persendirian yang ditaja oleh pihak2 dari luar ...dan kononnya apabila calon2 persendirian ini berkuasa..maka pihak2 yang menaja calon2 ini akan memperoleh kebaikan serta memanipulasikan calon2 yang ditaja mereka ini untuk kebaikan dan keuntungan mereka ini....tapi....sejauh manakah benarnya kenyataan tersebut? atau ia hanya propaganda jabatan tertentu agar mahasiswa2 takut untuk mengundi calon2 persendirian....kalau ia benar..maka politik kampus yang diamalkan oleh pihak2 ini sebenarnya tidak sihat dan harusnya dikecam sekeras-kerasnya....memanglah ia sebenarnya politik...tapi janganlah sampai memburuk2kan orang...biarlah mahasiswa2 memilih   dengan rasional mereka sendiri...kalu seseorang calon tersebut mempunyai kekurangan contohnya tentang dirinya yang korup dan mementingkan diri sendiri maka ia haruslah dihebahkan....jika ia tidak benar usahlah ia dicanang2 sesuka hati....

wujud juga calon2 yang cuba melobi undi dengan mempengaruhi pemikiran2 pelajar2 baru..contohnya masuk untuk briefing and dsb....ia tidaklah salah pada dasarnya....tetapi apa yang ingin aku sampaikan disini...terutamanya kepada pelajar2 baru..janganlah korang cepat terpengaruh dengan kebaikan mereka yang korang panggil senior ni.....banyaknya kes2 yang melibatkan penyelewengan oleh senior kepada junior2....contohnya penjualan buku2 perubatan sebelum mana2 syarikat ataupun persatuan mengadakn jualan....mereka ini mengambil untung secara berlebihan dan apabila telah sedar tertipu dah x boleh nak buat apa2.....jadi pengajarannya....jagan percaya sangat apa yang senior cakap...kaji dan fikir dulu sebelum buat keputusan....jangan rasa diorang baik...senyuman dorang manis...korang terus terpengaruh dan terus percaya.....

bagi isu kronisasi pulak aku rasa kampus kita memang mempunyai masalah yang serius......aku x mau sentuh tentang soal desa....sensitif amat...bagi lah aku sentuh tentang soal pembahangian jawatan dalam projek kecil2an yang dijalankan mahupun soal perlantikan hicom2 persatuan...
projek2 yang dijalankan di dalam universiti ni memanglah berlambak....namun senario yang sama terus berlaku saban tahun...kronisasi kecil2lan kalau aku nak panggill benda ni..sepatutnya perlantikan hicom2 dan ketua kepada mana2 persatuan perlulah dilakukan secara demokrasi bersih dan menyeluruh....contohnya kalau nak pilih hicom untuk sesuatu program...semua orang yang terlibat di dalam pelaksanaan projek tersebut sebelum ini mestilah ada...jangan hanya hicom2 sebelumnya dan orang orang yang tertentu sahaja dijemput untuk memilih hicom yang seterusnya....ini memang tidak adil dan tidak melambangkan demokrasi yang bersih..sepatutnya sekecil2 ajk haru dijemput dan diberi hak mengundi serta mencadangkan sesiapa sahaja calon yabg mereka suka....jangan dengan memberikan alasan takut jawatan2 sebegini jatuh ke tangan pihak2 yang x sepatutnya korang membelakangkan demokrasi....sebagai implikasinya "pihak2 yang x sepatutnya" ini dah x mau join apa2 program anjuran kita...tapi x apa...bagi aku itu hak individu serta takrifan demokrasi mereka....

tapi..apa yang aku nampak telah menjadi trend pada masa sekarang ialah perlantikan hicom secara pilih bulu dan tanpa mengadakan pengundian secara telus....hmmm..apa yang berlaku biarlah berlaku..janganlah pula ia terus menjadi trend yang terus menerus membelenggu kampus kita....jadi..dalam masa terdekat aku melihat PMI sebagai contoh pertama....eksperimen yang boleh menjadi kayu pengukur samada kampus kita memang telah ditakdirkan begitu atau ia boleh diubah....so its all our choices.....


dengan masa lebih ini(merujuk kepada usia mpp yang sudah lebih satu tahun seperti yang telah diperuntukkan) aku harap kita sebagai mahasiswa yang merdeka minda dan jiwanya serta status baru universiti kita aku harap kita akan lebih matang memilih dan melaksanakan demokrasi...harapnya universiti kita akan gah dan akan dicontohi oleh universiti2 lain kerana mentaliti kita yang tinggi serta tidak hanya mempunyai akademik yang canggih tetapi juga modal insan yang tinggi....salam aspirasi....(aspirasi maksudnya cita2 dan x merujuk mana2 badan)


 




4 comments:

  Unknown

October 17, 2008 at 1:04 AM

pnje nyoh...lain kali wat pendek2...br ak bco..hahhahaha

  SYed

October 17, 2008 at 1:05 AM

zzz...bace sikit2...hr ni bace sikit..esok bace sikit...hahahaha

  justRUBY

December 2, 2008 at 7:43 PM

huaargghh!!!! await nya panjang sgt syed...

  Anonymous

December 6, 2008 at 9:10 PM

waw..bes r baca blog ni.sempoi giler..n saya sgt tertarik ngn gaya pemikiran penulis..
juga setuju r ngn pndgn saudara tu..
harapan saya agar saudara dpt teruskan penulisan saudara ni.pntg utk trigger pemikiran sahabat2 lain gk.bkn jz study semata..mmg patut alert ngn isu semasa kampus kita ni..saudara mmg penulis berbakat..teruskan!!